PENGGUNAAN bengkung atau corset sudah menjadi kebiasaan terutama dalam kalangan wanita yang bercita-cita memiliki bentuk badan yang langsing dan menawan.

Namun hakikatnya, pemakaian bengkung memberi kesan buruk kepada tubuh badan tanpa si pemakai sedari.

Menerusi sebuah posting di Twitter, Aush Abdul berkongsi enam kesan dan bahaya pemakaian bengkung yang sehingga kini mendapat lebih 16,000 perkongsian.

Nak tahu betapa bahaya?

Menurut Aush, memakai bengkung yang ketat dalam satu jangka masa yang panjang membuatkan kulit menjadi gatal sehingga menimbulkan ruam.

Seharian pakai korset

Perut ke atas, boleh dapat pedih ulu hati

Susah nak bernafas!

Darah terkumpul bawah permukaan kulit

Tambah Aush, pemakaian bengkung bukan sahaja akan memberi kesan terhadap peredaran darah, malah urat saraf juga akan terasa kebas dari pinggang ke kaki.

Rasa macam tercucuk-cucuk

Stress bila buka bengkung, kembali bentuk asal

Sumber: Aush Abdul

Loading...