Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Azmin jadi mangsa keadaan, kata penyokong tegar PH

SEORANG penyokong tegar Pakatan Harapan hari ini mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan isu video intim dengan seorang lelaki, Muhammad Haziq Abdul Aziz.

Menurut Asrul Samad, dia terpaksa mengulas itu tersebut agar kebenaran dapat ditegakkan.

Asrul memperakui wajah salah seorang pelaku dalam video jijik tersebut adalah Azmin Ali tetapi ia tidak bermakna beliau seorang pengamal hubungan seks sejenis.

“Memang betul itu wajah YB Azmin tetapi adakah bermakna dia seorang homoseksual? Tidak. Beliau adalah mangsa keadaan atau lebih tepat sekali adalah mangsa rogol atau liwat tanpa kerelaan,” katanya di Facebook.

Asrul mendakwa Azmin telah diberi dadah jenis ubat pelali kuda yang sering digunakan oleh lelaki hidung belang untuk memerangkap wanita supaya dirinya khayal dan tidak tahu apa yang berlaku.

“Dalam video tersebut kita boleh lihat keadaan YB Azmin seperti lemah tidak bermaya. Wajahnya pula dalam keadaan khayal dan lupa diri.

“Hanya Haziq sahaja yang nampak agresif ‘menyerang’ tubuh YB Azmin sedangkan Azmin nampak seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

“Kemungkinan YB Azmin diberikan dadah dalam minumannya oleh Haziq ketika selesai memberi ceramah dalam PRK Sandakan tempoh hari. Haziq juga merakam adegan rogolnya itu untuk mengugut YB Azmin dengan menyebarkan video tersebut kepada umum,” katanya.

Asrul juga berkata, penyokong Pakatan Harapan sedia memaafkan Azmin dan tidak kisah jika pemimpin mereka pernah menjadi mangsa liwat atau rogol sekiranya mereka tidak makan rasuah dan ambil duit rakyat.

“Kami rakyat maafkan kamu wahai YB Azmin. Kamu tidak bersalah dalam hal ini. Kami rakyat tidak kisah dapat menteri yang pernah menjadi mangsa rogol atau liwat asalkan menteri itu tak makan rasuah dan tak makan duit rakyat. Lawan Tetap Lawan! Reformasi! Hidup Tun!,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén