KETUA Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman berang selepas Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris menegur tindakannya yang terus-menerus mengecam Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial.
Wan Azri dan satu komen di Facebook Syed Saddiq menasihati Menteri Belia dan Sukan itu supaya tidak terlau angkuh dan sombong kononnya rakyat masih bersama Pakatan Harapan (PH).
Wan Azri berkata, tidak mustahil anak muda yang memenangkan PH pada PRU14 lalu adalah anak muda yang sama yang akan menguburkan PH pada PRU15 nanti.
Berang dengan komen tersebut, Syed Saddiq membalas dengan mengatakan anak muda Johor tidak sebodoh TMJ dan mengarahkan supaya Wan Azri supaya diam.
Kenyataan Syed Saddiq itu bagaimanapun dikecam netizen kerana mengeluarkan kenyataan biadap terhadap insitusi diraja Johor.
Leave a Reply