Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Hiburan

Aliff curang sekali lagi, netizen minta Bella berhenti menyeksa diri

Sudah lumrah hidup berumah tangga, pasti akan diselangi dengan pelbagai dugaan dan ujian. Ada yang mampu bertahan, namun ada yang hanya sampai sekerat jalan dek kerana tidak tahan menanggung derita emosi.

Suami atau isteri curang adalah antara punca yang membawa kepada pergolakan rumah tangga. Lazimnya yang selalu menjadi mangsa ialah isteri yang terpaksa berdepan dengan sikap tidak setia suami.

Begitulah kisah penyanyi Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah. Selepas beberapa siri kecurangan Aliff terbongkar, penyanyi tersebut bagaikan tidak serik dan masih melakukan kesilapan yang sama.

Sudah masuk kali keempat curang!

Walaupun masalah rumah tangganya dengan Bella belum selesai sepenuhnya, Aliff kembali menggemparkan dunia hiburan apabila foto panasnya dengan remaja berusia 17 tahun tular, semalam.

Berita tersebut membuatkan netizen panas hati dengan kelakuan penyanyi berkenaan yang disifatkan sebagai  suami yang tidak tahu menghargai seorang isteri.

You deserve someone better…

Sebelum ini, Bella telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan bercerai dengan suaminya kerana di dalam keluarganya tiada lagi berlaku berlaku penceraian.

Selepas tularnya foto tersebut, netizen telah memenuhi ruangan komen di Instagram Bella untuk meluahkan rasa simpati terhadapnya.

Malah ramai yang menasihatinya agar dia memikir semula keputusannya untuk terus bersama Aliff.

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali Bella!

Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk Bella memikirkan mengenai perasaan dan maruahnya sebagai isteri kerana dia berhak untuk mendapatkan kebahagiaan buat dirinya sendiri.

Fikirlah pasal diri sendiri pula..

Dah la Bella jangan tunggu lagi..

Bebaskan diri dari suami macam tu

Hati you buat dari apa? Tolong jangan bagi peluang

Move on la Bella berhenti korbankan hati…

Setakat ini, masih tiada lagi maklum balas daripada Bella mengenai foto mesra suaminya yang sudah mula tular di media sosial.

Semoga, Bella dan Aliff dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat diri mereka dan anak.

Sumber: Bella Astillah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén