Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Alhamdulillah pembedahan Ainul berjaya, kini semakin stabil

TERDAHULU, menerusi posting yang dibuat oleh bapa bayi derita kanser mulut, Ahmad Safiuddin, telah menimbulkan tanda tanya ramai mengenai keadaan terkini bayi itu.

Difahamkan adik Ainul telah menjalani pembedahan sejak malam tadi, justeru ramai yang tertunggu-tunggu mengenai status kesihatan bayi comel itu.

Alhamdulillah Ainul stabil

Terbaru, maklumat terkini yang diterima menerusi Instagram ibunya, Nurul Erwani, memaklumkan bahawa anaknya, Ainul, berada dalam keadaan stabil.

Pembedahan berjaya…

Di dalam entri tersebut, Nurul Erwani sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua doktor yang terlibat dalam memastikan pembedahan Ainul berjaya, serta semua yang telah mendoakan anaknya.

Ainul baby you are strong…

Pada masa yang sama, Dr. Amalina, yang merupakan antara doktor yang terlibat memastikan pembedahan berjalan lancar, meluahkan rasa syukur dan kagum dengan semangat yang ada pada bayi kecil itu.

Syukur dan gembira apabila mendengar perkhabaran baik ini, semoga adik Ainul kekal sihat dan mampu menjalani hidup seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber: Dr Amalina & Nurul Erwani

Leave a Reply

Theme by Anders Norén