KUALA LUMPUR – Pemenang pingat emas Olimpik Beijing dan London, Lin Dan meluahkan rasa sedih terhadap pengumuman persaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam sukan itu hari ini.
Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Lin Dan menzahirkan luahan itu menerusi akaun media sosial China, Weibo.
“Memasuki gelanggang berseorangan, tiada siapa lagi menemaniku,” lapor portal itu hari ini.
Tambah laporan itu, Lin Dan turut mendedikasikan lagu berjudul ‘Friend, Dont Cry’ yang dinyanyikan penyanyi David Lui dalam bahasa Mandarin kepada pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu.
Terdahulu, Chong Wei mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun, selepas mencurah bakti dalam sukan badminton selama 19 tahun.
Dalam keadaan sebak, bekas pemain nombor satu dunia berkata, keputusan tersebut dibuat atas nasihat doktor berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya. – UTUSAN ONLINE
Leave a Reply