Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ahmad Samsuri berbuka bersama rakyat di Madinah Ramadan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini berbuka puasa bersama rakyat dalam program Madinah Ramadan Terengganu 2019.

Majlis yang diadakan di Padang Awam Batu Buruk di sini turut dihadiri isterinya, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah.

Program Madinah Ramadan Terengganu diteruskan buat tahun kedua dengan pelbagai pengisian menarik antaranya berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak berjemaah, solat sunat terawih, tazkirah dan bicara ilmu.

Loading...

Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, inisiatif itu merupakan usaha bersama kerajaan negeri dan rakyat dalam mengimarahkan Ramadan kali ini agar lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Kita juga mengalu-alukan sebarang sokongan dan kerjasama dari mana-mana pihak termasuk orang perseorangan dari segi masa, tenaga atau pun kewangan bagi menghidupkan suasana Madinah Ramadan Terengganu.

“Ini kerana amalan menyediakan juadah berbuka puasa adalah amalan yang dijanjikan pahala oleh Allah SWT,” katanya ketika berucap merasmikan program itu.

Loading...

Leave a Reply