Bukan sekadar blog

Politik

Ada rakyat tidak suka kerajaan PH kerana tolak rasuah – Mahathir

IPOH – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui terdapat kalangan rakyat, termasuk penjawat awam mahu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak diteruskan untuk penggal akan datang hanya kerana kelantangannya mengekang rasuah.

Malah, Dr Mahathir berkata, terdapat pihak yang menganggap kerajaan PH tidak sebaik pentadbiran terdahulu hanya kerana menolak amalan tidak bermoral tersebut.

“Ada yang berpendapat kerajaan sekarang tidak sebaik kerajaan lepas kerana kerajaan ini tidak benarkan terima rasuah.

“Ada yang anggap kerajaan hari ini tidak harus diteruskan, tetapi kembali kepada kerajaan rasuah yang akan menguntungkan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Perak, di sini.

Hadir sama Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta kira-kira 1,500 penjawat awam.

Loading...

Dr Mahathir berkata, apabila pemimpin dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum mengamalkan rasuah, maka banyak pihak yang akan menjadi mangsa, termasuk generasi akan datang.

Selain itu segala perancangan kerajaan untuk memajukan dan membangunkan negara agar kembali menjadi ‘Asian Tiger’ tidak dapat direalisasikan, katanya.

“Kita sedar kerajaan lepas jatuh kerana rasuah, walaupun mereka berpendapat dengan rasuah akan dapat sokongan rakyat, tapi akhirnya rakyat jatuhkan meraka walaupun beli dengan macam-macam upah,” kata Dr Mahathir.

Perdana menteri juga berkata, kekayaan negara wajar dikongsikan dengan semua pihak dalam negara tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kalau kita abaikan usaha untuk agihkan kekayaan dengan baik maka akan berlaku perasaan tidak senang antara satu sama lain.

“Lama kelamaan perasaan itu akan cetuskan huru hara dalam negara. Sebab itu dalam semua usaha mesti tentukan agihan, peluang dalam negara dan macam-macam hasil dirasai oleh kita semua,” katanya.

Loading...

Leave a Reply