Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Ada cubaan ganggu prosiding inkues Adib’

KUALA LUMPUR – Peguam, Syazlin Mansor mengubah pendirian beliau dengan mengumumkan akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam prosiding inkues kematian mangsa.

Menurut Syazlin, langkah itu dibuat selepas beliau mengambil kira beberapa perkara termasuk menunggu perbincangan antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Peguam Negara, Tommy Thomas selesai.

“Ayah kepada Allahyarham Muhammad Adib juga pernah berjumpa dengan saya dan merayu agar saya terus mewakili keluarga mereka dalam prosiding inkues ini.

“Pada pandangan saya, ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan saksi pakar,” katanya dalam sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di ibu pejabat Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Sementara itu, suami Syazlin, Ahmad Soffian Mohd. Shariff berkata, punca sebenar dia meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Zuraida adalah kerana tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bukannya kerana isu prosiding inkues Allahyarham Adib semata-mata.

Katanya, antara isu yang membuatkannya tidak yakin dengan kerajaan PH adalah kegagalan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetapi ia terjadi dalam era Malaysia baharu ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén