Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Dalam Negeri

75 unit kereta terbang pertama di dunia sudah dijual

Sebanyak 75 unit kereta terbang pertama di dunia PAL-V Liberty telah berjaya dijual dan penyerahan pertama akan dilaksanakan pada Disember tahun ini.

Jurucakap PAL-V Liberty berkata tempahannya dibuka sejak 2018 dan pelanggan perlu memiliki lesen memandu dan lesen juruterbang untuk membeli kenderaan ini, kepada BH Auto.

“Bagi memudahkan pelanggan, mereka perlu menghadiri program khusus oleh PAL-V yang mana kami akan terangkan mengenai garis panduan dan undang-undang yang perlu mereka patuhi selepas melakukan sebarang pembelian,” katanya.

Menurut laporan itu, kebanyakan pelanggan mereka dari Eropah, diikuti Asia Barat dan China.

PAL-V Liberty ialah sebuah syarikat Belanda yang mula membangunkan kereta terbang sejak 2008.

Kereta terbang itu seberat 664 kilogram dan mampu membawa dua orang termasuk pemandu/juruterbang.

Ia mampu menghasilkan 100 kuasa kuda (hp) dengan jarak perjalanan 1,315 kilometer dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) serta melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j kurang dari sembilan saat.

Bagi mod terbang pula, ia mampu mencatat jarak perjalanan 400 hingga 500km dengan kelajuan maksimum 180km/j.

PAL-V Liberty dijual dengan harga 300,000 euro (RM1.37 juta) manakala sebuah lagi model PAL-V Liberty Pioneer pula berharga 500,000 euro (RM2.29 juta).

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén