Bukan sekadar blog

Featured

Zafrul Dakwa IndividuTuntut 10K Sebagai Penghasut

Tengku Zafrul tak sepatutnya melabelkan pihak yang menuntut RM10k KWSP sebagai penghasut rakyat. Sepatutnya tuan bersyukur masih ada lagi pihak yang cuba mengimbangi keputusan dalam kerajaan.

Tak. Saya tak perlu lawan hujah Tengku kononnya dahulu ketika banjir besar 2014 pun tiada tuntutan pengeluaran KWSP. Sebab semua orang tahu ketika itu kerajaan sudah bagi RM2000 tunai dan RM5000 barangan rumah (TV, peti sejuk etc). Maka memanglah masa itu tak ada rakyat yang minta pengeluaran KWSP.

Tak. Saya tak perlu buktikan bahawa pinjaman 10k BSN itu sangat tidak sesuai kepada mangsa banjir. Semua rakyat tahu pinjaman itu meski tanpa faedah, tapi syarat-syaratnya ketat sehinggakan mangsa yang susah tiada pendapatan tak layak meminjam.

Saya cuma nak bagitahu Tengku bahawa selagi mana rakyat masih mendesak dan menuntut keperluan mereka daripada tuan, maka itu sebenarnya tanda rakyat masih percaya kepada kerajaan

Itu tanda rakyat masih berharap kepada kerajaan

Itu tanda rakyat masih meyakini kemampuan kerajaan.

Yang paling bahaya sebenarnya adalah apabila rakyat berhenti berharap apa-apa. Yang paling menakutkan adalah apabila rakyat berhenti meminta apa-apa. Yang paling petaka adalah apabila rakyat sudah tidak ambil kisah apa jua alasan yang tuan beri kepada mereka.

Sebab itu adalah tanda matinya harapan rakyat kepada kita.

Lihat PKR yang kalah besar di PRN Sarawak dan Melaka. Kenapa itu berlaku sedangkan berbulan sebelum itu tiada apa-apa isu besar yang terkena kepada mereka?

Mereka kalah sampai ke tahap hilang deposit disebabkan rakyat sudah tidak peduli lagi apa yang mereka kata. Apa yang betul mereka bawa pun orang sudah tidak percaya.

Betul Tengku Zafrul bahawa desakan KWSP ini kadang2 boleh menjadi api yang membakar. Tetapi seberapa besar api yang marak ini kita masih boleh nampak. Kita masih mampu kawal. Kita masih mampu hentikan.

Namun api di dalam hati rakyat ini tidak akan kelihatan. Maka bagaimana baranya yang terlindung di sebalik air mata dan doa rakyat ini mampu untuk kita padamkan?

Sedar-sedar sudah rentung terbakar sebuah kerajaan.

—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Loading...

Leave a Reply