Menurut mereka, doktor, jururawat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis trafik, pegawai imigresen, pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai penguatkuasa di peringkat persekutuan, negeri dan daerah wajar dibekalkan dengan peralatan keselamatan seperti topeng muka dan cecair pembasmi kuman atau sanitizer dengan kadar segera

“Kerajaan seharusnya menyediakan peruntukan kewangan tambahan kepada sektor pekerjaan di barisan hadapan ini dan bukannya menggunakan peruntukan sedia ada agensi terbabit.

“Kita wajar melindungi mereka yang sedang berusaha melindungi kita di rumah,” kata mereka.

Isnin lalu, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail turut menggesa kerajaan supaya meneruskan rancangan yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dalam menangani kekurangan topeng muka, iaitu dengan membeli semua stok tersedia untuk tujuan eksport.

Setiausaha Agung PKR itu berkata rancangan berkenaan dibuat hasil perbincangan bersama pihak kepentingan pada hari terakhirnya di pejabat tersebut, ketika gelombang pertama penularan wabak Covid-19.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng juga pada ketika itu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta buat kerajaan membeli semua stok topeng muka sedia ada.

Saifuddin juga menyeru kerajaan supaya mengutamakan pemberian topeng muka tersebut kepada pegawai imigresen, kakitangan penerbangan dan perubatan.

Loading...