Bukan sekadar blog

Berita Utama

Anak sanggup halau ibu sendiri kerana terlalu percaya cakap bini

SEORANG anak lelaki tergamak menghalau ibunya sendiri keluar dari rumah akibat terpengaruh dengan kata-kata isterinya.

Menerusi video yang viral di media sosial hari ini, wanita warga emas itu mengadu turut dimaki hamun dan dipukul oleh menantunya.

Menurut warga emas itu, menantunya naik angin selepas ditegur kerana membiarkan pampers cucunya merata-rata sehingga menyebabkan cucunya mengalami batuk-batuk.

Loading...

“Makcik tegur dengan cara baik tetapi dia maki hamun makcik. Apa yang makcik terkilan, anak sendiri turut memihak kepada isteri dia sampai sanggup menghalau makcik keluar dari rumah,” katanya.

Warga emas itu turut menunjukkan tangannya yang bengkak dipercayai akibat dipukul oleh menantunya yang juga merupakan warga Indonesia itu.

Susulan itu, seorang individu telah mengajak warga emas itu untuk membuat laporan polis terhadap anak dan menantunya.

Loading...

5 Comments

  1. Buat repot polis biar anak dan menantu mendpt hukuman yg setimpal dgn perbuatan yg mrk telah lakukan…Ada ke sbb dgr ckp isteri sampai sanggup pkl dan halau mak kandung sendiri kluar dari umah…Jgn2 dah kena manderam dgn isteri dia sbb tulah hilang pertimbangan…

  2. Sedih den,klu omak den ado layi,biar susah cmnopn den totap x lopeh omsk denyo.bilo dh omak x do baru eksu raso…

  3. mira

    klau la makcik ni mak aku, aku dah tatang dy sbgai bidadari syurga… imissyou my mom yg dah mninggal dunia,makcik klau sya knal makcik nak ja peluk makcik, nak buat mcm mak sndr….. semoga allah balas balik apa yang anak mnantu mkcik buat kt makcik….

  4. Rose Zalila

    Zaman sekarang tak boleh nak cakap laa … menantu perempuan atau lelaki ramai yg tak hormat mertua. Derhaka dgn mertua. Samaada terang2an atau pun dlm sindiran atau dari segi perbuatan …. memang tak boleh dinafikan. Satu kenyataan yg mungkin tidak tersebar …. kebanyakan mertua maseh lagi nak menjaga aib anak menantu. Kerana sayangkan anak org tua sanggup telan penghinaan dan cercaan dari anak menantu ..

  5. Zazali bin chik

    Anak dan menatu jenis perangai syaitan. ..esok2 bila kamu dah tua akan terima nasib yg sama sepertimana kamu lakukan kpd org tua kamu….muga2 anak itu cepat sedar dan mohon keampunan dari ibunya..

Leave a Reply to Cancel reply