Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tamatkan zaman bujang pada usia 56 tahun, gambar nikah nenek ini viral

Majlis perkahwinan seorang anak dara tua (andartu) berusia 56 tahun bersama duda tanpa anak, viral di media sosial.

Wanita yang dikenali sebagai Hajah Hawang itu menamatkan zaman bujang dengan Sirajudin dalam satu majlis yang cukup meriah.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi di Facebook, Hajah Hawang dan Sirajudin mengenakan sepersalinan pakaian tradisional serba merah yang cantik.

Ramai yang memuji pasangan itu, malah muka Hajah Hawang turut disolek bagi menaikkan lagi seri wajahnya.

Menurut Hajah Hawang, dia terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga selepas terpikat dengan budi bahasa yang ditunjukkan suaminya.

Hajah Hawang turut berharap perkahwinannya ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Loading...

Leave a Reply