Bukan sekadar blog

Berita Utama

Seorang kakitangan Bank Islam disahkan positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Bank Islam mengesahkan seorang pekerjanya di Menara Bank Islam, dekat sini telah disahkan positif COVID-19.

Pesakit itu ketika ini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Kakitangan tersebut bersama ahli keluarga terdekatnya telah menjalani kuarantin di rumah sejak 19 Mac lalu sejajar dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan Covid-19 bank berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga bank tersebut telah melakukan penstrilan dan disinfeksi di Menara Bank Islam termasuk di kawasan-kawasan kegunaan umum.

Ia turut melaksanakan langkah penjejakan kontak bagi mengenal pasti dan memaklumkan individu-individu yang mempunyai kontak langsung dengan pekerja tersebut seterusnya menasihatkan mereka untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin di rumah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Muazzam Mohamed, perkhidmatan dan operasi perbankan tetap berjalan seperti biasa.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan dan orang ramai, tiada gangguan perkhidmatan di Menara Bank Islam.

“Bank Islam mempunyai pelan perniagaan yang kukuh bagi memastikan operasinya tidak terjejas dengan perkara-perkara sebegini.

“Kesemua langkah berjaga-jaga dan kesedaran telah dibuat secara konsisten sejak wabak ini menular,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, semua premis Bank Islam dan bersih dan selamat.-MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply