PENCERAIAN adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dibuat main. Jika dalam keadaan bergurau sekalipun lafaz cerai itu tetap sah dan dikira telah jatuh talak.
Cerai taklik pula adalah cerai yang berdasarkan syarat si suami. Contohnya si suami berkata, “jika kau keluar dari rumah ini, maka jatuh talak satu ke atas kau”.
Memang hak penceraian itu terletak di tangan suami tetapi biarlah taklik itu bertempat dan kena pada situasinya.
Seorang pegawai hospital, Ayie Mahadi telah berkongsi satu kejadian yang mana seorang wanita yang hampir melahirkan anak, namun dengan tidak semena-mena, suaminya melafazkan cerai taklik.
Menurut Ayie, suami wanita itu mahu hanya doktor perempuan sahaja yang menguruskan proses kelahiran anaknya. Jika ada mana-mana kakitangan lelaki yang menyentuh isterinya maka dia akan menceraikan isterinya dengan talak satu.
Ikuti perkongsian Ayie di bawah:
Seorang isteri tengah sarat mengandung menahan kesakitan nak bersalin dibawa si suami ke hospital.
Setelah tiba di PAC (patient assessment centre) terus si suami memberi amaran kepada staf-staf perubatan, “Saya nak doktor perempuan sahaja ya sambut dan uruskan dia, jika tak, jatuh talak satu saya pada dia”
Terkejut kami mendengar apa yang suami wanita tu sebut. Abam perhati je dari atas bawah suami tuh, langsung takde perwatakan seorang ustaz yang mungkin boleh dikatakan sesetengahnya akan betul-betul jumud dalam menjaga aurat para isteri.
Ya memang mustahil sekali sebab mana mungkin seorang ustaz yang berilmu sanggup melafazkan cerai taklik di hadapan isteri sendiri dan orang ramai. Lebih-lebih lagi cerai taklik yang tak masuk akal.
Dalam hati abam , “lagi ramai suami macam ni, lagi mudah keje abam..Makan gaji free je nanti”.
Disebabkan lafaz tersebut, kami staf KKM yang baik hati nih cuba sedaya upaya menyantuni apa yang dipinta.
Akhirnya bayi pasangan tersebut berjaya disambut oleh HO (house officer) perempuan walaupun pada awalnya memang sukar bagi kami untuk ikut permintaan si suami tersebut.
Itu pun rezeki mereka sebab waktu itu ada beberapa staf wanita yang bertugas.
Tapiiiiii…semasa pesakit di hantar ke wad, akan ada satu prosedur yg memerlukan MO (medical officer) buat pemeriksaan di bawah bagi memastikan tiada jahitan terbuka, bengkak, dan sebagainya. Nak jadikan cerita, tiada MO wanita bertugas dalam wad tuh semasa round pagi.
Zupppppp.. si isteri tuh lantas diperiksa oleh MO lelaki (non muslim) yang memang langsung tak tahu menahu isu taklik tersebut. Beliau hanya menjalankan tugas yg diamanahkan KKM sebagai seorang doktor MO.
Si isteri hanya berdiam diri sahaja walaupun mengerti apa yg sedang berlaku dan mengizinkan MO tersebut untuk melakukan pemeriksaan.
See?? Agak2 jatuh ke tidak TALAK si suami pada isteri tersebut?
Entahlahh abam pun tak pasti. Mungkin jatuh, mungkin tidak. Harap2 tak jatuh lah. Apa2 pun nasihat abam pada para suami di luar sana, beringatlah.. Sayang isteri sangat2 tak salah, nak menjaga maruah isteri sangat2 pun tak salah.
Tapi, biarlah bertempat! Sebagai pengajaran untuk kita semua ya.
Leave a Reply