Bukan sekadar blog

Info

‘Saya dah tak tahan lagi…’ – Isteri kecewa suami ketagih ketum sampai terpaksa berhutang

Seorang wanita sudah tidak tahan lagi untuk hidup bersama suaminya yang ketagih minum ketum.

Menurut wanita itu, suaminya ketagih minum ketum sejak mereka belum berumah tangga lagi dan keadaan itu bertambah teruk dari sehari ke sehari.

Wanita itu bimbang jika keadaan itu berterusan, ia akan memberi kesan kepada anaknya yang kini berusia dua tahun.

Dia berharap agar masalahnya itu dapat diselesaikan dengan segera sebelum sesuatu yang buruk berlaku terhadapnya dan anak.

Ikuti luahan wanita itu yang dikongsi menerusi Facebook Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut di bawah:

Suami sy memang minum ketum sebelum kawin lagi. Alasan dia untuk tenaga lelaki dan untuk kerja.

Sekarang kami dah ada anak. Anak dah nak masuk 2 tahun. Sy nampak perubahan ketara pada suami sejak sy pregnant. Dia semakin panas baran. Stok ketum tak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.

Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 36. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang. Dia asyik dengan air ketum. Sy tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nk kena minum.

Dan sy perasan duit gaji tak pernah cukup. Sy sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat.

Duit belanja dapur pun tak bagi. Sewa rumah pun sy bayar. Bila tanya mesti kena marah. Sampai dah nak naik tangan. Sy stress.

Sy tak tahu mcmne lagi nak selesaikan masalah ni. Suami sy pun dan lebih setahun tak sentuh sy. Sy nak semua ni selesai cepat. Anak sy semakin membesar. Sy tak nak anak sy terganggu emosi.

Panjangkan luahan ni. Inilah luahan hati seorang isteri.

Anda yg kaki ketum anda rasa anda sakit jika tak ambil ketum. Tp sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga.

Loading...

Leave a Reply