Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ratusan baju PLKN dibuang di kawasan pelupusan sampah

VIRAL di media sosial beberapa gambar memaparkan ratusan uniform Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui di kawasan pelupusan sampah telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Uniform-uniform tersebut dipercayai dibuang berikutan program tersebut telah dibubarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak Ogos tahun lalu.

Berikutan itu, netizen meluahkan rasa kecewa terhadap kerajaan PH yang melupuskan uniform tersebut begitu sahaja sedangkan ianya masih elok dan boleh digunakan lagi.

Ada juga yang mahu uniform-uniform tersebut diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.

Loading...

Leave a Reply