Bukan sekadar blog

Politik

Rara sering terima gangguan seksual

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Young Syefura Othman mengenai gejala seksual semakin hari makin tidak terkawal terutama gangguan menerusi media sosial.

Beliau yang turut mengakui sering menjadi mangsa gangguan sesual oleh cybertrooper dan netizen menerusi akaun Facebook dan Twitternya menyifatkan sudah sampai masanya kerajaan menangani gejala itu.

“Gejala gangguan seksual hari ini semakin hari semakin tidak terkawal, terutama di media sosial.

“Saya sendiri sering menjadi mangsa gejala seksual ini, di mana Facebook saya hari-hari didatangi oleh cybertrooper ataupun netizen yang memaki saya dengan perkataan tidak baik, tidak senonoh dan agak memalukan bagi kaum wanita itu sendiri.

“Apa yang menyedihkan saya lagi apabila adanya golongan lelaki mahupun wanita sendiri masih menyokong perkara (perbuatan) seperti ini,” katanya menerusi temubual secara atas talian semalam.

Loading...

Menurut Young Syefura, tanggapan bahawa jika menjadi ahli politik perlu selalu bersabar, kuat dan tidak perlu melayan perkara seperti ini, adalah salah.

Ini kerana, tegas beliau, gangguan seksual jika tidak dikawal dari sekarang, perbuatan itu akan semakin berleluasa.

“Kalau tidak dikenakan tindakan tegas, tidak mengutarakan isu ini, tidak membincangkannya, ia akan semakin berleluasa dan lebih ramai orang akan anggap ini perkara biasa, tidak perlu dianggap berat.

“Ini adalah masalah dari segi pemikiran kita. Saya berharap isu ini diambil berat oleh semua pihak khususnya wanita dan NGO berkaitan wanita.

“Pihak ini perlu berganding bahu dan bersuara di mana-mana ruang yang ada, sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun di Parlimen,” ujarnya.

Young Syefura lebih dikenali dengan panggilan Rara berkata, suatu tindakan atau undang-undang perlu disegerakan untuk memastikan mereka di luar sana yang menganggap gangguan seksual perkara ringan, perlu diambil tindakan tegas.

Kalau tidak diberikan pengajaran kepada pihak netizen di luar sana mengenai isu gangguan seksual ini, katanya, golongan wanita akan selama-lamanya menjadi objek kepada masyarakat tidak bertanggungjawab.

Loading...

1 Comment

  1. red

    Cuba Pakai Pakaian Muslimah….
    Dan Pakaian yang tidak menonjol dan tertonjol……
    Kerana itu Sang Lelaki boleh tertonjol mata melihatnya….
    Lalu mereka teringin nak tonjol – menonjol …..🤣🤣🤣

Leave a Reply