Beberapa tahun lepas, ketika video-video viral mula menjadi perhatian dalam kalangan netizen, video seorang remaja perempuan yang meluahkan rasa cinta terhadap teman lelakinya telah menjadi salah satu video yang terkenal.

Pernah tular sebab video ‘couple seminggu’

Lebih dikenali sebagai ‘video couple seminggu’, rakaman itu telah menjadi bualan dan ramai orang mulai melakukan parodi terhadap video luahan tersebut.

Remaja perempuan yang dikenali sebagai Puteri Awani ini telah merakamkan video tersebut bagi mengungkap rasa cintanya terhadap buah hati tersayang yang baru sahaja menjalinkan hubungan selama seminggu.

Berkhidmat sebagai pramugari

Video tular tersebut menjadi kenangan golongan remaja ketika itu dan pasangan tersebut pun sudah membuat haluan masing-masing. Puteri Awani juga sudah pun tamat belajar dan telah bergelar seorang pramugari.

Rahsiakan wajah tunang

Baru-baru ini, Puteri Awani telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya yang sudah disunting oleh seseorang menerusi posting di Instagram. Dia telah selamat bertunang dengan pilihan hati pada hari Ahad yang lalu. Gambar-gambar pertunangannya telah dimuat naik di Instagram miliknya pada hari yang sama.

Bye semua ex Wani…

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan Instafamous ini yang begitu anggun mengenakan kebaya di majlis pertunangannya. Mereka turut mengucapkan selamat bertunang dan mendoakan agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila.

Sumber: Puteri Awani

Loading...