Pakatan Harapan kalah di 13 daripada 14 pusat daerah mengundi (PDM) dalam PRK Rantau berbanding PRU sebelum ini yang mana PH telah memenangi separuh PDM di DUN yang sama.
Satu-satunya PDM yang dimenangi PH ialah Bandar Ekar, yang memiliki peratusan pengundi Cina paling tinggi di Rantau (42.1 peratus) dan pengundi India ketiga tertinggi di Rantau.
Namun sokongan PH di situ juga menurun daripada 70.3 peratus pada PRU lalu (peringkat Parlimen Rembau) kepada 60 peratus untuk kali ini.
Manakala, BN telah menang di 13 PDM, termasuk Pekan Sagga (63.7 peratus pengundi India) dan Linsum (48.3 peratus pengundi India) yang memiliki peratusan pengundi India paling tinggi di DUN itu.
Pekan Sagga memiliki paling ramai pengundi India untuk DUN Rantau, kira-kira 63.7 peratus. Pengundi Melayu sebanyak 19.5 peratus dan pengundi Cina 16.8 peratus.
Bagi PRK petang tadi, BN mendapat 56.57 undi di Pekan Sagga manakala PH 42.7 peratus.
Selain itu, BN juga menang besar di kawasan majoriti Melayu, termasuk Kampung Bemban (91 peratus Melayu), Kampung Sega (86.1 peratus Melayu) dan Kampung Sendayan (80.3 peratus Melayu).
Untuk rekod, pada PRU 14 yang lalu untuk Parlimen Rembau, PH menang 51.98 peratus undi manakala BN hanya mendapat 44.23 peratus undi. PAS pula 3.78 peratus.
Mesej jelas dari rakyat untuk kerajaan PH?
Leave a Reply