Bukan sekadar blog

Politik

PRK Rantau: ‘Hari ini ulang tahun perkahwinan saya’ – Streram

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan, Dr S Streram mengharapkan tuah ulang tahun perkahwinannya yang ke-34 untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.

Pakar bius itu mahu menghadiahkan kemenangannya kepada isteri, Dr P. Pushpagandy dan tiga anaknya.

“Hari ini hari ulang tahun perkahwinan saya. Saya berasa gembira dan berharap Tuhan akan bersama-sama kita untuk memenangi DUN ini demi Pakatan Harapan (PH).

“Saya merayu kepada semua untuk undi PH dan juga hari ini adalah hari yang saya tunggu untuk mengambil tempat di DUN Rantau,” katanya hari ini.

Loading...

Dr Streram tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil untuk membuang undi sekitar pukul 8.25 pagi.

Bercakap mengenai keputusan pada malam ini, Streram bersedia menerima apa juga bentuk keputusan.

“Saya sedia terima keputusan. Apapun keputusan terletak pada tangan pengundi.

“Kalau menang, saya akan ucap terima kasih kepada pengundi esok. Pergi semua jentera daerah mengundi beritahu tahniah kerana undi saya,” katanya.

Menurut Streram, banyak perkara yang ingin dilakukan di Rantau antaranya isu kesihatan dan perumahan secara berperingkat.

Loading...

Leave a Reply