Bukan sekadar blog

Politik

PN jahat, gelojoh rampas mandat rakyat, kata pemimpin PAN

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh menegaskan Perikatan Nasional (PN) sebagai jahat dan gelojoh merampas mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Pengerusi PAN negeri itu berkata, rakyat akan menghukum gabungan didominasi Umno dan Pas itu pada PRU akan datang.

“Setiap lima tahun rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin melalui PRU yang seterusnya akan membentuk kerajaan.

“Begitulah yang berlaku dalam PRU14 yang lalu, rakyat telah memilih Pakatan Harapan untuk memerintah.

“Namun, kerana jahat dan gelojoh kuasa Perikatan Nasional merampas mandat ini untuk memerintah.

“Mereka membelakangi mandat yang rakyat berikan dan pasti rakyat akan menghukum mereka dalam PRU yang akan datang,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Loading...

Dalam kenyataan video juga, bekas Exco Kesihatan selama 22 bulan ketika pentadbiran kerajaan PH sebelum ini berkata, wujud golongan melakukan komplot yang akhirnya menjatuhkan kerajaan diberi mandat.

“Tetapi kerana (PH) melakukan perubahan, ada golongan tertentu yang laparkan kuasa, tidak mahukan perubahan, yang mahu berpatah balik kepada zaman yang tiada perubahan.

“Hari ini selepas mereka berkuasa nampak jelas mereka bukan sahaja membawa kembali ke zaman sebelum perubahan malah jauh lebih teruk daripada itu,” tegasnya.

Ismail yang juga ADUN Pengkalan Kundor menyifatkan pelantikan ahli politik dalam GLC hanya untuk memastikan PN terus berkuasa.

Untuk rekod, PH yang pada PRU14 membentuk kerajaan dengan 139 kerusi menerusi komposisi empat parti komponen dengan sokongan Parti Warisan Sabah (Warisan) serta UPKO.

Walau bagaimanapun, PH hanya mampu bertahan selepas 22 bulan apabila Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR keluar dari gagasan itu.

Loading...

Leave a Reply