Bukan sekadar blog

Politik

Penyokong PH dipercayai bergaduh kerana duit kempen

SEREMBAN – Maklumat awal polis mendapati pergaduhan melibatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) di Bilik Gerakan Utama (BGU) parti itu di Bandar Ekar, Rantau, Rembau malam tadi berikutan rasa tidak puas hati berkaitan bayaran urusan kempen pilihan raya.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Seorang lelaki berusia 50 tahun telah membuat laporan polis di Kuala Lumpur pada pukul 12.12 pagi ini mendakwa dia ditumbuk dan dicekik dalam kejadian tersebut.

Loading...

“Kita sedang siasat motif sebenar. Apa yang kami dapat tahu setakat ini motif kejadian dipercayai kerana tidak puas hati tentang bayaran urusan kempen pilihan raya. Kami sedang siasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dekat sini hari ini.

Mohamad menjelaskan, polis menerima laporan berhubung pergaduhan itu kira-kira pukul 7.30 malam dan seramai 10 anggota polis dihantar ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Menurutnya, anggota polis terlibat kemudian mengiringi calon PH, Dr. S. Streram keluar dari kawasan tersebut selepas keadaan terkawal.

Semalam, pergaduhan tercetus antara penyokong PH di BGU parti itu di Bandar Ekar kira-kira satu jam sebelum keputusan PRK DUN Rantau diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hingga menyebabkan calon PH terpaksa diiringi polis keluar dari bangunan tersebut. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply