Bukan sekadar blog

Berita Utama

Netizen lancar petisyen kekalkan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR – Satu petisyen mendesak agar Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan dilancarkan petang Khamis.

Petisyen yang dilancarkan oleh oleh individu yang menamakan dirinya Tuah Kencana meletakkan sasaran awal 50,000 tandatangan.

Selepas tiga jam dilancarkan, petisyen tersebut telah mendapat lebih 70,000 tandatangan yang mahu Maszlee dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.

Pada Khamis, Maszlee dalam satu sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam sidang medianya, Maszlee juga meluahkan rasa kecewanya kerana selama 20 bulan mengemudi KPM, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

“Walau bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan media memaklumkan Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatanya sebagai Menteri Pendidikan pada Khamis.

Dr Mahathir juga memaklumkan akan mengumumkan pengganti Maszlee dalam sedikit masa lagi.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Loading...

1 Comment

  1. suhaimi magi

    beliau menteri yang memiliki kepakaran ilmu pendidikan yang tinggi dan bersistimatik. Beliau pernah di singkirkan zaman najip kerana sistemnya yang ingin berubah sistem kunu. Sekarang dia di lantik menjadi menteri pendidikan memang terbaik, kerana berbeza dari menteri2 lain yang kepakartannya tiada kena mengena dengan kedudukan kursinya sekarang. Terus maju YB….kami bersama mu.
    Negara ini milik kita bukan milik mereka sahaja

Leave a Reply