SEJAK kelmarin, tular satu memo yang menyatakan waktu operasi para jemaah di Masjid York Road di Pulau Pinang telah dihadkan daripada pukul 9.30 pagi sehingga 9.30 malam sahaja berkuat kuasa pada 31 Disember ini.
Berdasarkan perakuan yang ditandatangani, memo itu dipercayai dikeluarkan oleh pihak pengurusan masjid tersebut sendiri.
Dalam pada itu, seorang individu yang mendakwa sebagai ahli kariah masjid terbabit memohon bantuan warga maya menyebarkan tindakan yang dianggap didalangi oleh ‘kumpulan Yahudi’ itu.
Berikut adalah kenyataan beliau:
Berita Yang Sangat Pedih
Tuan-tuan yang mulia, tolong bantu kami di Masjid York Road. Mulai pada 31 Disember 2019 masjid akan dikunci pada pukul 9.30 malam dan akan dibuka pada 9.30 pagi.
Bermakna subuh tidak dibenarkan untuk solat, jadi kami mahu solat juga walaupun di luar pagar. Datanglah dan viralkan berita ini melalui media sosial supaya Allah tahu bahawa di Penang (Pulau Pinang) ini ada Yahudi yang masih aktif.
Kita marah kepada Yahudi di Palestin sementara lupa kepada Yahudi yang ada di depan mata. Pengerusi dan AJK (Ahli Jawatankuasa) semua orang luar yang jarang sembahyang di Masjid York Road. Jika mereka hendak bermesyuarat, mereka sembahyang di masjid lain yang ada ‘aircond’ lepas tu baru datang ke Masjid York Road untuk bermesyuarat. ‘Aircond’ masjid hanya untuk depa (mereka) bermesyuarat saja. Jadi kita jemput tuan tuan pagi 31 Disember 2019 untuk kita solat bersama di luar masjid. Dan viralkan di media sosial. Terima kasih.
Kenyataan itu menerima reaksi segera Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim.
Dalam kenyataannya, beliau berkata, semua masjid perlu dibuka untuk solat fardhu lima waktu sekurang-kurangnya kerana itu adalah asas fungsi masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997 – Kaedah 35 iaitu:
Masjid hendaklah digunakan sebagai:
a) Tempat orang Islam beribadat terutama untuk solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan solat-solat lain
b) Pusat kegiatan Agama Islam dan Pembangunan Ummah dan
c) Pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAINPP dan maklumat lain.
Sehubungan itu, Abdul Malik menasihati dan memperingatkan semua pengerusi dan AJK kariah bahawa bidang tugas dan kuasa pentadbir masjid, tanah wakaf dan tanah perkuburan yang dijalankan adalah bagi pihak atau wakil MAINPP seperti termaktub dalam Kaedah 3 & 8.
“Setiausaha MAINPP melalui Pegawai Agama Daerah Timur Laut akan menjalankan siasat dan mengeluarkan arahan selanjutnya.
“Saya menganggap notis (memo) operasi masjid yang dikeluarkan oleh pengerusi yang bertarikh 24 Disember itu tidak terpakai berdasarkan Kaedah 35 Fungsi Masjid,” katanya lagi.
Beliau turut menyifatkan kenyataan ‘Berita Yang Sangat Pedih’ sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba memburukkan keadaan.
“Sepatutnya orang berkenaan melaporkan tentang notis itu kepada yang bertanggungjawab untuk diselesaikan dengan berhemah dan tertib bukan dengan memburukkan lagi keadaan.
“Saya menganggap orang yang menulis artikel ini berniat jahat dan ingin mencetuskan keadaan tidak baik dalam kalangan ummah dan memburukkan imej Islam dan pentadbiran Islam di Pulau Pinang,” katanya.
Jelas beliau, pihak masjid juga akan diberikan ruang untuk membuat penjelasan berhubung perkara yang berlaku.
Mak lampir
Langkah tu bukan yahudi… Langkah yg dilakukan oleh pihak masjid bertepatan tuk meramaikan saf. Kalau saf x penuh better bergabung dgn taman or kampung sebelah…
Solat subuh adalah solat yg selalu ditinggalkan solat berjemaah.
Nas
Ini masjid ya, bukan surau.. Klu surau tu tak mengapalah bergabung dgn jemaah masjid yg lebih besar kerana lebih besar fadhilatnya. Jika kurang ilmu, jangan terus shj komen sehingga boleh menampakkan kejahilan kita.. Yg dipertua majlis agama Islam pun dah keluarkan kenyataan.. Jika kurang ilmu sekali pun, bacalah sehingga habis dulu.. 😔
Mat
Surau pun adalah tempat orang beribadah dah mengerjakan solat. Kenapa mesti tutup waktu orang ramai nak bersolat.
Kalau nak tutup waktu solat, lebih baik jangan panggil surau.
zaffri
Apa Allah suruh buat. Apa yang x betul kita perbetul kan diri kita.
” solat subuh, solat yang di tinggal kan solat berjemaah. ” lawak la mamat ni.
Di tinggal kan..? Masalah sapa yang ni bro? Masjid xda masalah bro..
Cuba tanya diri sendiri – Aku ni pernah tak bangun solat Subuh? Harap2 esok matahari x naik dari arah barat. Lu selamat lagi bro.. Hihihi
Insan biasa
Beginilah nasib negara Islam kalau rakyat sendiri pilih pemimpin bukan Islam sebagai ketua, boleh imbas kembali Dan timbul ke rasa bersalah ..( kenapalah aku undi kau jadi pemimpin)… Memang menjadi larangan memilih ketua Dari kalangan bukan seagama denganmu…
Apa
Ko ni pencacai dap!puihhh jual agama juallll kat akhirat kelak taulah nasib ko…
Norsiah narding
Nak d katakan nk safe letrik tak jugak ni mesti penduduk kapir punya kerja ni spya tk ganggu tidur dorang maklum je la p.pinang kan d perintah oleh kaum 69 so jln terbaik kunci tempat ibadat time subuh saye ni tinggal kat area kuil n gereja tau bila dorang nk wat majlis kami penduduk d situ takda komplen pun bila mereka wat ibadat mereka so jgn ganggu ibadat kami ……tk suke pi blk negara masing²
Hamba Allah
Saya rasa pendedahan ahli karyah tu adalah wajar dan bukan berniat buruk..kerana dgn viralnya berita ini,maka ianya mendapat perhatian segera.
Ana Muslim
Ya,betul tu…terkdg bila kita lapor kat atasan,jrg skli akan d ambil tindakn sgera walhal bnda tu very important n perlu d ambil prhatian.kin krn ahli kariah ni nk tindakn yg pnts,ni sj cr yg dia fkir terrrbaikkk (viral) n bukanlh bniat buruk n mau mburukkn lg kdaan.n xmustahil ahli jemaah masjid trsebut yg tlibat pn msti cma kpikiran ttg hal ni (viral).krn ni jln tbaik yg lbh pnts bbanding cara lain.