Bukan sekadar blog

Hiburan

‘Lepas satu kehilangan, Kau ambil lagi seorang yang aku sayang…’

Baru saja melalui dugaan besar apabila diceraikan semasa hamil tujuh bulan, bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu, iaitu Ain Afini sekali lagi diuji apabila nenek kesayangannya pergi menghadap Ilahi.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Ain memberitahu neneknya, Asmah Salleh meninggal dunia di hospital petang semalam.

“Lepas satu kehilangan, Kau pecahkan kebisuan alam dengan mengambil lagi seorang yang aku sayang. Sungguh Kau yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

“Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMu. Kuatkan kami, redhakan lah hati kami sekeluarga. Aku menjadi saksi atas kebaikan dan ketaatan nenekku diatas muka bumi ini keranaMu.

“Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Asmah Salleh yang telah meninggal dunia pada waktu asar tadi. Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan dikurniakan syurgaNya,” tulisnya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Ain turut mengimbas kembali kata-kata terakhir neneknya yang mahu melihat cicitnya, yang juga anak kepada PU Abu.

“Nanti Mini lepas pantang datang Johor bawak cicit jumpa nenek. Nenek dah tak larat nak pergi rumah sana. Nanti doakan nenek kat Mekah ye, doakan nenek cepat sihat. Boleh tengok anak mini.

“Antara kata-kata terakhir yang masih aku sempat dengar sebelum mulut itu hanya kaku bersama bantuan alat pernafasan. Masa mini suap nenek makan, luluh hati lihat suapan itu susah ditelan,” tulisnya lagi.

Terdahulu, nama Ain Afini menjadi bualan ramai selepas membuat pendedahan mengenai bekas suaminya, PU Abu yang telah menceraikannya melalui aplikasi WhatApp ketika dia sedang hamil.

Menurut Ain Afini lagi, PU Abu ada meminta kebenaran untuk berkahwin lain hanya dua bulan selepas mereka berkahwin.

Loading...

Leave a Reply