Bukan sekadar blog

Politik

Kemenangan Vivian tanda PH masih dipercayai – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon DAP, Vivian Wong yang diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, sebentar tadi.

Anwar berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) itu menunjukkan sokongan terhadap gabungan itu masih kuat dan kukuh.

“Kemenangan ini jelas menunjukkan rakyat masih memberi sokongan dan dokongan padu kepada Pakatan Harapan (PH).

Namun pimpinan PH tidak boleh merasa selesa dengan kemenangan ini sebaliknya perlu terus bekerja keras bagi memastikan taraf ekonomi rakyat terus terbela di setiap peringkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vivian menang PRK Parlimen Sandakan dengan majoriti 11,521 undi.

Beliau mengenepikan 4 calon lain dengan menerima 16,012 undi.

Pencabar terdekatnya, calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin mendapat 4,491 undi, manakala tiga lagi calon bebas hilang wang deposit apabila Hamzah Abdullah hanya mendapat 788 undi; Sulaiman Abdul Samat 126 undi dan Chia Siew Yung 178 undi.

Dalam pada itu, Anwar yakin Vivian mampu untuk meneruskan segala perancangan mendiang Datuk Seri Wong Tien Fatt atau lebih dikenali sebagai Stephen Wong.

“Saya yakin beliau mampu menggalas tanggungjawab ini dengan baik seperti mana yang dilakukan mendiang bapanya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply