Bukan sekadar blog

Jenayah

Imam didakwa tumbuk, cekik dan pijak isteri

LELAKI yang juga imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan menumbuk dan mencederakan isterinya.

Tertuduh, Muhammad Zaki Kamal, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya berusia 28 tahun ketika kejadian dengan cara menumbuk muka sebelah kiri, mencekik leher serta memijak badan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka Tengah, pada 7.45 malam, 9 Mei 2019.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman mencadangkan kepada mahkamah jaminan RM6,000 diberikan kepada tertuduh.

Tertuduh kemudian merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia hanya bertugas sebagai penjawat awam manakala isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung dua anak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM1,500 serta syarat tambahan hanya isterinya sebagai penjamin selain menetapkan 4 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Loading...

Leave a Reply