Bukan sekadar blog

Sukan

Gol cantik Herold Goulon ‘lemaskan’ Hafizul Hakim

Mengejutkan, tidak disangka-sangka, kegilaan dan mengujakan! Apa sahaja perkataan – itulah yang berlaku ketika para penyokong Pahang melihat sepakan percuma terus daripada kawasan sendiri Herold Goulon melemaskan penjaga gol yang kerap dipanggil ke kem kebangsaan – Hafizul Hakim.

Ini adalah detik pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanan ketika Goulon menghayunkan kakinya untuk menghasilkan gol ke-3 Pahang. Mungkin ini gol tercantik dan paling istimewa pernah dilakukan Goulon dalam kariernya.

Perlawanan tadi berkesudahan dengan Pahang menewaskan Perak 3-1. Kemenangan skuad Tok Gajah itu juga sebagai bekalan selesa apabila bertemu sekali lagi pada separuh akhir kedua di Stadium Perak, 29 Jun ini.

Jom kita saksikan video gol Herold Goulon sebentar tadi.

Loading...

Leave a Reply