Bukan sekadar blog

Hiburan

Chef Fikree kantoi main kayu tiga dengan bini orang

KES curang melibatkan selebriti semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Bermula dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, kini seorang lagi selebriti lelaki didakwa telah bermain kayu tiga di belakang isterinya.

Untuk pengetuahuan semua, selebriti yang dimaksudkan ialah Chef Fikree Aznan yang terkenal dengan program masakan Dapur Panas di TV3.

Chef Fikree Aznan dikatakan tinggal serumah dengan seorang wanita yang juga isteri orang anak tiga dan perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Syarifah Zuriehan.

Menurut Syarifah Zuriehan, dia telah memanggil pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menangkap wanita itu tetapi gagal kerana wanita itu berjaya keluar dari rumah melalui pintu belakang.

Menurutnya, ini bukan kali pertama Chef Fikree berlaku curang.

Ketika Syarifah Zuriehan sedang mengandungkan anak pertama, Chef Fikree dikatakan bermain mesej cinta bersama seorang pengacara TV9.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya di Instagram meluahkan rasa terkejut dengan perkongsian yang dibuatnya.

Loading...

Leave a Reply