Bukan sekadar blog

Berita Utama

Bagi sumbangan tak tanya dulu, pegawai MB Kedah bidas Ebit Liew

ALOR SETAR – Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah menyebabkan mereka dikecam masyarakat.

Mohd Ruslin Abdullah melalui laman Facebook berkata, Ebit Liew sewajarnya memaklumkan kepada mereka dahulu sebelum memberikan sebarang bantuan.

“Duhai Ustaz Ebit, kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.

“(Tapi) Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami, tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ini.

“Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia. Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, kerajaan (negeri) kena fitnah, tuan tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Mohd Ruslin turut menyifatkan tindakan Ustaz Ebit Liew itu sebagai tidak baik kerana di dakwa telah menimbulkan fitnah.

“Kami tahu, Ustaz punya pengikut yang ramai, tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini hidup dalam sampah.

“Ustaz, kami semua tak biarlah mereka hidup mcm tu, tapi Ustaz bukan kami saja (yang perlu) bantu mereka tapi mereka juga perlu bantu diri mereka,” katanya lagi.

Sementara itu seorang lagi pegawai di pejabat Menteri Besar, Hafiz Azmi turut melahirkan rasa tidak puas dengan mengeluarkan kenyatan berbaur sindiran.

“Bila ada keluarga susah perlu bantuan, mana ada manusia atau pemimpin tempatan yang nak biar, dah tentu ada bantuan yang disalurkan.

“Tapi kita hanya mampu membantu, hang hidang pi la lauk macam mana pun depan mata. Tapi kalau tuan punya badan nak suap sendiri pun malas, takdak manusia yang boleh bantu lagi.

“Allah SWT pun minta kita usaha dan berdoa untuk berjaya. Mana ada cara mudah untuk mengubah cara hidup kita. Apakah dengan duduk saja sambil goyang kaki boleh tunggu duit jatuh dari langit?

“Ada orang yang benar-benar susah, ada yang berlakon susah, ada pulak yang saja buat susah, ada pulak yang menyusahkan diri dan orang lain,” katanya pula.

Semalam, Ustaz Ebit Liew melahirkan rasa sedih melihat kedaifan sebuah keluarga hidup dalam rumah usang yang dipenuhi longgokan sampah.

“Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini..hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.

“Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya.

“Saya bawa pakcik pindah yer. Nak. Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar.

“Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.

“Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai disitu. Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

“Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua,” luahnya di laman Facebook. – SuaraTV

Loading...

1 Comment

  1. Sabdamoha

    Saya rasa ust ebit liew dapat maklumat utk pergi beri bantuan adalah dari org tempatan juga. Oleh kerana org baik baik ni tak tak suka melibatkan org lain dm kekecuhan jadi ust diamkan saja.
    Saya setuju punca umat islam jadi miskin teruk ialah malas dan hanya semata mata harap bantuan sampai kerumah. Negara malaysia mewah sbb itu org luar dtg mencari nafkah utk bantu keluarga mereka di kampung. Myianmar, vietnam, kemboja, thailand, nepal, india, pakista, jiran kita indonesia. Ini membuktikan org yg telibat malas

Leave a Reply