Bukan sekadar blog

Featured

Are you willing to fail for the third time DS Ismail Sabri?

Tuan-tuan sekalian. Isu sebenarnya adalah tunai. KWSP cumalah satu penyelesaian terakhir bilamana kerajaan dilihat tidak begitu bersungguh berbelanja untuk rakyat ketika bencana.

Ketika banjir besar Kemaman 2013, mangsa-mangsa dapat tunai RM2000 dan barangan rumah bernilai RM5000 (peti sejuk, TV, tilam, dapur etc). Maka takkanlah ketika banjir Selangor dan Pahang yang lebih besar skala bencananya ini, mangsa cuma dapat tunai RM1000 sahaja?

Betul kita ini mungkin negara pertama yang tawarkan pinjaman tanpa faedah kepada mangsa banjir. Tapi punca kenapa negara lain tak buat bukanlah kerana cara itu bijak. Melainkan sebab cara itu pada hujung moratorium hanya akan menambah beban

Siapa kita nak mengatakan selepas 6 bulan moratorium itu maka semua mangsa dah boleh bayar balik pinjaman. Adakah kita sudah jelas dengan demografi dan sosioekonomi peminjam?

Ketika bencana, adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan tunai bagi pemulihan rakyat. Amalan ini adalah amalan biasa di negara luar. Filipina contohnya memberikan bantuan tunai one off dan kemudiannya berkala USD100 sebulan kepada mangsa taufan selama 6 bulan. UK dan Jerman masing-masing menyediakan 5000 dan 3500 euro kepada mangsa banjir mereka setahun dua lepas.

Dari sudut ekonomi Islam, sedar tak kenapa tunjang ekonomi adalah zakat?

Bukan wakaf tapi zakat
Bukan sedekah tapi zakat.

Kenapa?

Sebab zakat ini salah satu sifatnya adalah cair. Kecairan sifat zakat yang mengkhususkan kepada asnaf tertentu menyebabkan duit zakat ini kebiasaannya akan terus dibelanja di kawasan setempat. Inilah punca kenapa pemberian zakat secara automatik akan menyebabkan kenaikan aliran tunai di kawasan sekitar.

Kajian Philippines Institute for Development Studies pada 2014 menunjukkan bahawa 75% bantuan tunai yang diberikan kepada mangsa taufan Yolanda akan dibelanjakan serta merta bagi keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan. Kesannya 61% daripada isi rumah berjaya recover dalam masa kurang 6 bulan.

Ini semua sebenarnya adalah konsep yang dicedok daripada prinsip zakat dalam Islam. Jadi kenapa kita nak menambah beban emosi dengan melambakkan hutang kepada isi rumah?

Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya akan malu bila rakyat terpaksa merayu meminta duit sendiri. Sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai pemerintah untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi.

Bencana banjir ini ada 3 fasa. Fasa menyelamat kerajaan sudah separa gagal apabila lebih banyak NGO dan perseorangan datang menabur jasa.

Fasa kedua (pembersihan) pun dilihat gagal apabila lebih ramai sukarelawan yang datang sedangkan menteri-menteri lebih sibuk berpropaganda

Sekarang fasa ketiga iaitu pemulihan.

Are you willing to fail for the third time DS Ismail Sabri Bera ?

—-

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Loading...

Leave a Reply