Bukan sekadar blog

Uncategorized

ALTERNATIF KEPADA I-CITRA KWSP: TAMBAHAN BANTUAN ATAU GALAKAN BERHUTANG?

▪️Rakyat tuntut pengeluaran wang simpanan hari tua mereka sendiri KWSP kerana situasi kecemasan luar biasa akibat pandemik dan musibah banjir ketika ini.

▪️Bantuan Kerajaan hakikatnya tidak mencukupi dan tidak mencakupi semua lapisan yang terjejas sejak PKP 1.0 lagi.

▪️Inisiatif Berhutang melalui skim pinjaman Tekun atau kemudahan BSN tidak akan menyelesaikan masalah semua pihak kerana ada yang tidak layak, bahkan menambah beban rakyat dengan lilitan hutang berpanjangan yang tiada berkesudahan.

▪️Kerajaan wajar pertimbang untuk meningkatkan jumlah bantuan wang ihsan daripada RM1 ribu kepada sekurang-kurangnya RM5 ribu kepada mangsa banjir. (Nak baiki kereta yang ditenggelami banjir yng dianggarkan antara RM4 ribu-RM10 ribu pun tak cukup).

▪️Bantuan wang ihsan juga perlu diperluaskan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik termasuk golongan M40 dan B40 yang hilang punca pendapatan akibat dibuang, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup akibat PKP berpanjangan dll.

▪️Usah takut berbelanja defisit untuk tambah bantuan kepada rakyat atas premis Pelan Konsolidasi Fiskal di saat kecemasan,
musibah dan pandemik yang luar biasa.

▪️Negara berideologi kapitalis seperti Amerika Syarikat pun sanggup berbelanja defisit hampir 14% berbanding KDNKnya iaitu hampir USD4 trillion bagi menjana ekonominya semasa Pandemik.
(https://www.cnbc.com/2021/07/01/us-deficit-to-total-3-trillion-in-fiscal-2021-budget-panel-says-.html)

▪️Kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika ini mewajarkan kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi meningkatkan ‘Effective Aggregate Demand’ yang mampu menjana kembali pertumbuhan ekonomi.

▪️Bantuan tunai atau ‘cash transfer’ adalah amalan banyak negara-negara maju ketika ini termasuk Jerman dan UK bagi menyelesaikan musibah dan menggerakkan semula ekonomi.

▪️Projek tebatan banjir yang efektif bagi menangani banjir adalah satu lagi contoh perbelanjaan yang punya kesan baik jangka panjang.

▪️Jika kerajaan sedia berbelanja untuk rakyat dan sediakan pelan dan pakej bantuan secara komprehensif berjangka pendek dan panjang kepada rakyat, sudah tentu isu pengeluaran KWSP tidak timbul lagi.

#BantuanTunai
#DaruratBanjir
#PemudaJurubicaraRakyat
#icitra
#Kwsp
#BangkitKembali

Loading...

Leave a Reply