Bukan sekadar blog

Featured

Mangsa Banjir Dalam Radar Keperihatinan Keluarga Malaysia

Perdana Menteri Dato" Sri Ismail Sabri Yaakob melawat rumah mangsa banjir di Puchong

Perdana Menteri Dato” Sri Ismail Sabri Yaakob melawat rumah mangsa banjir di Puchong

Pelbagai pandangan berhubung keputusan kerajaan hari ini berhubung ‘desakan’ agar pengeluaran wang simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dibenarkan pengeluaran sekali gus.

Keputusan yang diambil tidak populis tetapi harus diingat bahawa selama 2 tahun sepanjang bala covid-19 kerajaan telah meluluskan pengeluaran sebanyak RM15,000 melalui program I-Citra dan I-Sinar (Pengeluaran setiap bulan). Ini tidak termasuk sejumlah 10% dibenarkan keluar dari jumlah yang tersimpan pada tahun 2020.

Kerajaan hari peka betapa rakyat menghadapi pelbagai ujian dan dugaan sepanjang krisis covid-19 melanda negara ini. Ujian kehilangan sumber pendapatan akibat syarikat tempat bergantung hidup selama ini terpaksa gulung tikar. Ada yang diuji perniagaan yang diusahakan selama ini terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi untuk menanggung kos ‘overhead’. Kesemua ujian yang dihadapi oleh rakyat mendapat perhatian khusus dari kerajaan persekutuan dan bertindak pantas menghulurkan bantuan segera kepada rakyat di pelbagai peringkat terutama bantuan kewangan.

Bantuan kerajaan adalah berperingkat sesuai dengan keadaan ekonomi negara juga perlu dikawalselia supaya negara tidak terjerumus ke garisan ‘negara muflis’. Malah dalam waktu yang sama, kestabilan politik juga perlu diwujudkan supaya pelabur di dalam dan yang ingin masuk merasakan negara kita adalah destinasi pelaburan yang tepat dan sesuai.

Walaupun secara kasarnya nampak seolah kerajaan tidak peka terhadap permintaan segelintir rakyat berhubung dengan pengeluaran ‘one-off’ namun kerajaan membuka ruang seluasnya dengan melancarkan pelbagai bantuan kepada pelbagai peringkat rakyat dari tahap pendapatan yang berbeza.

1. Pemberian Bantuan Sara Hidup tetap diteruskan. Golongan ini majoritinya tidak mempunyai simpanan di KWSP sebanyak RM10,000. (Sebanyak 46% pencarum KWSP mempunyai caruman kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka)

2. Bantuan Pinjaman melalui Bank Simpanan Nasioanal berjumlah RM10,000 kepada mangsa banjir tanpa faedah dan mendapat pelepasan pembayaran berkala bulanan iaitu moratarium selama 6 bulan dan tempoh pembayaran balik selama 5 tahun.

3. Pihak TEKUN juga menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada PKS yang terjejas akibat banjir sebanyak RM10,000 dan jadual moratarium pembayaran balik sehingga 12 bulan.Tekun Nasional pula diarah memberi pinjaman tanpa faedah untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.

PKS boleh teruskan perniagaan dan impak secara langsung adalah pekerja boleh terus bekerja untuk menyara hidup sekeluarga. Bagaimana sekiranya PKS ini terpaksa ditutup operasinya? Masalah lain pula bakal timbul.

Seperkara lagi yang perlu diingat. Wang KWSP bukannya setakat untuk bekalan dihari tua kepada diri penyimpan sahaja namun ianya juga adalah untuk isteri dan anak-anak sekiranya berlaku kematian kepada penama KWSP tersebut. Sekurangnya anak-anak dan isteri ada sedikit bekalan sebelum meneruskan hidup tanpa ketua keluarga.

Keputusan yang tidak populis ini bukan pertama kali dibuat oleh kerajaan yang perihatin kepada rakyat dan negara. Masa depan rakyat sentiasa berada di dalam radar keperihatinan dan pemantauan kerajaan cakna rakyat.

Ini adalah satu keputusan yang amat berani oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri. Inilah julung kalinya mangsa banjir mendapat pembelaan sehingga tahap ini dan di waktu yang sama bantuan lain kekal diteruskan.

Terkini, Rebat 100% bil elektrik bulan Disember 2021, secara one-off, yang memanfaatkan 72,000 pengguna domestik yang terkesan banjir. Inisiatif rebat ini melibatkan peruntukan RM9 juta.

Malah tidak terfikir oleh kita bagaimana Ismail Sabri sendiri bertemu dengan Perodua yang akhirnya membawa manfaat kepada mangsa banjir. Perodua menawarkan upah percuma (free labour charge) dan potongan harga 50% bagi alat ganti, khusus untuk kenderaan Perodua yang terlibat banjir.

Lihatlah dengan pandangan luarbiasa, pandangan tanpa kotak. Keputusan yang diambil adalah demi untuk melihat rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa merosakkan nilai murni kekeluargaan. Masa depan ahli keluarga turut terpelihara dengan wang simpanan masa depan yang kekal tersimpan.

Kepada pemimpin politik, bersamalah menuju ke titik persamaan dan bukan setiap hari berfikir bagaimana ingin merosakkan pemikiran rakyat dengan propaganda murahan. Rakyat sudah muak.

Pilihan di tangan anda; ingin habiskan wang simpanan masa tua atau sebagai mangsa banjir, anda diberi peluang untuk memohon pinjaman tanpa cagaran, tanpa faedah dan mula membayar balik pinjaman tersebut di bulan ke tujuh.

Hanya perlu bawa salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada pegawai daerah/JKKK/laporan polis berkenaan keadaan rumah yang rosak akibat banjir. Itu saja.

Loading...

Leave a Reply