Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Info

Wanita terkejut homestay di Marang tiada dinding

SEORANG wanita tidak menyangka kunjungannya ke Marang, Terengganu meninggalkan kenangan yang tidak mungkin dilupakan seumur hidupnya.

Wanita itu, Amy Sherynna dari Kuala Lumpur terkejut apabila melihat homestay yang disewanya tidak mempunyai dinding dan hanya ditutupi dengan jaring hitam.

“Salam. Saya nak share homestay yang saya dapat haritu. Bila gambar diberi, gambar rumah elok cantik. Bila sampai rumah takde dinding, takde pintu!!! Hanya ditutup dengan jaring hitam,” katanya dalam group Homestay Malaysia, dua jam yang lalu.

Menurut Amy, pemilik homestay tersebut tiada di situ dan segala urusan diserahkan kepada adiknya.

“Saya dari Kuala Lumpur. Sampai di homestay dalam pukul 8 lebih. Keadaan dah malam, untuk saya cari homestay lain adalah susah dengan kami 3 keluarga.  Nak tak nak kami terpaksa terima. Harga dikurangkan dari RM175 (pada awalnya RM200) kepada RM150,” katanya.

Sementara itu, netizen turut sama terkejut kerana itulah kali pertama melihat homestay tanpa dinding.

“Open air. Sebelum ni kalau nak sewa homestay kita tanya aircond ada tak. Next time kena tanya ada dinding tak. Macam-macam pesen,” kata Hana Homemade

Manakala Aim Mee pula berkata “Owner tak bertanggungjawab! Wak malu ke org Terengganu je. Mentaliti macam ni perlu diubah, kalau buruk perangai pun simpan sikit. Jangan tunjuk ke orang luar. Habis, sebab nila setitik habis biru semua baju dalam baldi”

Leave a Reply

Theme by Anders Norén