Bukan sekadar blog

Politik

Wanita itu yang goda saya, kata Ahli Parlimen PKR

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Sungai Siput menafikan dakwaan dirinya melakukan gangguan seks terhadap seorang wanita.

Kesavan Subramaniam berkata tindakan individu itu sebenarnya hanya bertujuan untuk merosakkan rumah tangganya.

“Jika benar saya menganggu dia secara seksual seperti yang dituduh, kenapa dia masih menelefon saya sehingga berpuluh-puluh kali sehingga awal bulan ini,” soal wakil rakyat PKR itu dalam kenyataan hari ini.

“Dia juga masih menelefon isteri saya sehinggalah beberapa minggu lalu.”

Semalam tular laporan polis seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas pegawai penyelidik parlimen itu, kerap menerima gangguan secara seksual sejak Disember tahun lalu.

Selain gambar-gambar lucah, pengadu yang juga bendahari Cabang PKR Sungai Siput mendakwa Kesavan turut menunjukkan ‘Kamasutra’, buku lama mengenai seksualiti dan erotik.

Mengulas lanjut, ahli majlis pimpinan pusat PKR itu berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan polis dan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

“Saya bahagia dengan isteri dan tidak berhasrat terjebak dengan sebarang perhubungan yang boleh membenarkan rumah tangga,” katanya yang pernah membuat laporan polis awal Mei lalu.

Loading...

Leave a Reply