Bukan sekadar blog

Tragedi

Wanita hamil lima bulan antara yang maut dalam nahas di Kuala Nerus

KUALA NERUS – Perjalanan pulang seorang wanita yang sedang hamil lima bulan bersama suaminya dari kampung halaman berakhir dengan tragedi selepas pasangan itu maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Tapak Perlupusan Sampah Kampung Sungai Ikan di sini hari ini.

Siti Nur Shahila Asla, 26, dan suami, Hafiiz Mohd. Ibrahim, 29, yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan pada kemalangan yang berlaku pada pukul 9.20 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd. Razak Hassan berkata, turut maut dalam kemalangan terbabit pasangan suami isteri, Anuar Said, 59, dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 53, yang menaiki kereta jenis Peugeot akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Beliau berkata, anak Anuar dan Che Khasliza, Nurul Nadirah, 13, pula cedera di bahagian muka dan kaki dan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

“Sewaktu kejadian, Siti Nur Shahila dan Hafiiz dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa bersama-sama keluarga pada cuti hujung minggu semalam di kampung di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan.

“Keluarga Anuar pula dalam perjalanan pulang ke Besut selepas menziarahi jenazah sepupunya yang meninggal dunia di Dungun,” katanya.

Loading...

Leave a Reply