Bukan sekadar blog

Berita Utama

Covid-19: Sepupu wanita hamil dedah perkara sebenar

Isu seorang wanita hamil yang pulang ke negeri kelahirannya di Kelantan untuk beranak sebelum disahkan positif Covid-19 telah menarik perhatian ramai pihak.

Berikutan itu, seorang individu dipercayai sepupu kepada suami wanita berkenaan tampil menceritakan perkara sebenar berhubung isu tersebut.

“Untuk makluman. Suspek tu sepupu ambo. Dia juga seorang frontliner yang terlibat di Kuala Lumpur dalam menyelenggara fasiliti TM untuk memastikan Internet berjalan dengan lancar.

“Dia balik hantar bini dia sebab dia ada anak kecik umur 2 tahun dan bini dia nak beranak anak kedua. Di KL dia duduk sekelamin, dan dia kerja on call 24 jam.

“Atas nasihat hospital dan kelulusan permit rentas negeri dia balik hantar bini dia.

“Lepas balik hantar bini dia. Dia terus naik ke KL..loni dia di Hospital Ampang, bini dia di HRPZ. Bukan dia balik suka-suka nak beraya. Tapi atas musaqoh.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik buat dia dan keluarga,” jelas individu tersebut.

Sementara itu, bapa wanita itu meminta sesiapa yang mempunyai kontak dengan anaknya supaya membuat pemeriksaan kesihatan dengan segara.

Dia turut meminta orang ramai agar mendoakan keselamatan ahli keluarganya daripada wabak berbahaya tersebut.

Berikut pula kronologi kejadian yang berlaku:

– Seorang wanita mengandung 35 minggu disahkan positif C0VID-19 pada 19/5/2020 yang balik dari Ampang, Kuala Lumpur pada 15/5/2020. Suami bekerja sebagai juruteknik TM di sekitar Lembah Klang.

– 15/5/2020 singgah di Machang rumah nenek sebelah suami untuk berbuka puasa.

– Bertolak balik ke rumah emak ayah sebelah lelaki di Kg Mengkebang, Kuala Krai.

– 17/5/2020 Menginap di rumah ibubapa di Kg Sungai Durian, Kuala Krai.

– 19/5/2020 buat pemeriksaan ibu mengandung di KKB.

– Jam 3.30 petang disahkan positif C0VID-19 oleh HSIP Kuala Krai dan dihantar ke Hospital Sultanah Zainab KB sebagai centre kes C0VID-19 di Kelantan.

– PKD memaklumkan terdapat 11 orang kontak rapat telah dibuat saringan pada 20/5/2020 dan menunggu keputusan pada 21/ 22hb Mei 2020.

– 1 kontak ini telah diberi arahan untuk melaksanakan kuarantin (Home Survelan) selama 14 hari dan akan dipantau oleh PDRM.

– Tindakan yang bersesuaian akan dilaksanakan selepas keputusan ujian sample ke atas 11orang kontak rapat diperolehi. Harap Maklum, terima kasih

Loading...

Leave a Reply