Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Info

‘Jumaat terakhir buat kami…’ – Tiga beranak nyaris maut dilanggar lori kontena

KEMALANGAN yang menimpa pasangan suami isteri bersama anak lelaki mereka semalam, menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat mereka.

Ini kerana, mereka hampir kehilangan nyawa selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dari belakang oleh sebuah lori kontena tanpa muatan yang secara tiba-tiba bertukar lorong.

Wan Emilia Eliyshah Wan Mohd Zulkarnain, 24, telah memuat naik status di Facebook dan meluahkan isi hatinya berhubung kejadian yang menimpa dirinya serta suami dan anaknya.

Ikuti perkongsian Wan Emilia Eliyshah di bawah:

Jumaat terakhir buat kami sekeluarga tiga beranak…

Kenangan tak kan pernah dilupakan. Mujur Allah selamatkan kami dan berikan kami peluang untuk bernafas di dunia ini.

Mana yang mesej dan call, maaf tak sempat dan membalasnya. Tapi, kami ucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang mendoakan kami tiga beranak.

Alhamdulillah, kami okay. Tiada patah atau apa-apa yang kritikal cuma kulit kami habis diseret di atas jalan raya.

Buat anakku, ibu dan ayah minta maaf sebab tidak pakaikan awak topi keledar sebab tiada saiz yang sesuai untuk awak. Ibu ayah mana yang tidak mahu buat yang terbaik untuk anak sendiri.

Syukur Allah lindungi kita dan berikan kita kesakitan sama tiga beranak walaupun ibu tahu anak ibu lebih menderita.

Sakit itu Allah sahaja yang tahu tapi lagi sakit kalau kehilangan orang yang tersayang. Lagi-lagi dah nak raya ni.

Memang sedih tetapi kami bersyukur sangat pada Allah. Mungkin lepas ini kami akan saling memahami dan menghargai antara satu sama lain seterusnya menjadi keluarga yang Allah suka.

Esok, InsyaAllah dah boleh keluar hospital.

Doakan kami baik-baik sahaja.

Allah sahaja yang dapat membalasa jasa kalian dan kepada pemandu lori kontena itu, kami dah maafkan dia.

Mungkin benar dia tidak nampak kami yang berada di bawah. Benda dah nak jadi memang akan terjadi. Kuasa dan rancangan Allah kita semua tak mampu nak lawan.

Kita tidak minta perkara ini terjadi. Semoga kamu lebih berhati-hati bawa kontena lepas ini sebab kamu pun sedang mencari rezeki buat ahli keluarga.

Terima kasih juga kepada dua orang pakcik yang bawa saya dan keluarga ke hospital. Semoga Allah membalas kebaikan kamu.

Perkongsian Wan Emilia Eliyshah itu telah menarik perhatian netizen yang sehingga kini dikongsi lebih 1,200 kali.

Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan berharap agar keluarga kecil itu segara sembuh dan dapat berhari raya seperti orang lain.

Sumber: Wan Emilia Eliyshah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén