KUALA LUMPUR — Penjawat awam setia berkhidmat kepada kerajaan seperti peranan yang dimainkan sebelumnya, kata Datuk Azih Muda.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meragui kesetiaan dicurah mereka.
“Kita tidak nampak perkara itu [usaha tumbangkan kerajaan PH dan kembalikan kerajaan yang membenarkan rasuah].
“Jika apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah berdasarkan kepada maklumat diterima beliau sendiri, ia di luar pengetahuan kami,” katanya kepada Sinar Harian.
Azih berkata apa yang menjadi pertimbangan penjawat awam pada masa ini ialah isu kenaikan kos sara hidup.
Katanya, kerajaan perlu mengambil inisiatif segera bagi mengelak golongan itu merasa dipinggir dan tidak dibela kerajaan.
“Jika kerajaan menurunkan kos sara hidup atau mempertimbangkan insentif, penjawat awam mungkin rasa dibela.
“Harapan kami supaya apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu tidak berlaku dan penjawat awam pada hari ini berkhidmat sepenuh hati kepada kerajaan,” katanya.
Leave a Reply