Bukan sekadar blog

Info

Ustaz saran baca dan hafal doa ini untuk hindari dari bencana dan wabak influenza

Peningkatan jumlah kanak-kanak yang dijangkiti wabak influenza sedikit sebanyak membimbangkan ibu bapa.

Malah, wabak tersebut turut meragut beberapa nyawa sejak ianya menular di negara ini beberapa minggu yang lalu.

Para ibu bapa disaran agar mengambil langkah berjaga-jaga termasuklah mengurangkan aktiviti di luar rumah bersama anak-anak selain memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas kuman.

Namun sebagai umat Islam, kita juga perlu berdoa bagi memohon perlindungan dari Allah yang Maha Esa seperti saranan Ustaz Farid Rashidi ini.

Menurut Ustaz Farid, ibu bapa digalakkan supaya mengamalkan bacaan doa tersebut agar dihindari dari bencana dan wabak influenza yang sedang melanda negara ini.

“Sekarang ni kan musim wabak Influenza. Bagi yang ada anak-anak, sudah tentu ibu bapa pakat risau. Bukan saja wabak penyakit, juga memohon dihindarkan bala bencana lainnya juga. Apa kata, mari kita sama-sama amalkan doa ini. Yang dah hafaz Alhamdulillah. Yang nak hafaz, silakan,” katanya menerusi Facebook.

Loading...

Leave a Reply