BANGI – “Sejak bila DAP suka kepada kubur orang Islam. Tinggal berdekatan dengan kubur pun sudah dianggap sebagai tak ada ‘ong’ inikan pula masuk kubur,” demikian kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau berkata demikian selepas tular gambar calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong sedang membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim Sim.
Menurut DAP, Vivian hanya meneruskan usaha dilakukan mendiang bapanya, Stephen Wong namun, tiada gambar Vivian Wong bersama bapanya dalam program sebelum ini.
“Jika terlalu ikhlas mahu membersihkan kubur orang Islam, lakukan selepas PRK Sandakan, kenapa lakukan sekarang? Ikut bapa konon, nak sambung legasi bapa konon, kenapa perlu bersihkan ketika menjadi calon PRK ketika musim kempen? Tunggulah selesai PRK Sandakan.
“Saya nak tengok sangat, jika calon ini ditakdirkan menang nanti, adakah kerja membersihkan kubur orang Islam akan kerap dilakukan,” bidas Dr Ridhuan.
Mengulas lanjut, Dr Ridhuan yang juga Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata, amalan membersihkan kubur adalah satu praktis yang mulia.
“Saya selaku Naib Yang di-Pertua Perkim sentiasa menekankan supaya amalan silang budaya ini dilakukan. Misalnya, orang Melayu bersihkan kubur orang Cina, India dan lain-lain. Begitu juga sebaliknya. Inilah dakwah bil hal. Dakwah contoh teladan. Tidak menjadi kesalahan membersihkan kubur meskipun kubur bukan Islam.
“Sebagai pensyarah, dalam kerja lapangan pelajar-pelajar saya, saya mewajibkan mereka membuat kajian di kubur-kubur bukan Islam bagi mendapatkan maklumat silang budaya dan merapatkan hubungan antara etnik. Kerja-kerja ini kami lakukan bukan menunjuk-nunjuk seperti yang dilakukan oleh ‘amoi-amoi’ ultra kiasu Sandakan ini,” katanya.
Terdahulu, hantaran Facebook oleh pengguna bernama ‘Awang Aslee’ yang memuat naik gambar Vivian membersihkan tanah perkuburan Islam tular di media sosial.
Hantaran itu yang turut menjadi tular di WhatsApp digambarkan sebagai perbuatan memperbodohkan umat Islam di Sandakan.
“Agak-agaklah bah kalau mahu berkempen tu. Jangan sampai lakonan tu nampak betul macam mahu memperbodohkan umat Islam di Sandakan.
“Sejak bila bah amoi-amoi (wanita) di Sandakan ini turut membersihkan dan berdukacita di kuburan orang Islam seperti dalam gambar ini kalau bukan mahu minta undi,” katanya.
Rajiada binti nasir
Kalau lah ust nie tahu yg tiap masuk ramadan ada gotong royong di sim2x. Tiap tahun mmg ada ngo turun mengasi bersih.. kalau lah ust tahu yg durang lg awal dari org kampung dtg.. semoga sebarannya nda menjadi fitnah.
Cuma nasibnya nda baik sbb time kempen pilihan raya ☺️..
Anak Nabi Adam Zina Muhrim
Al Quran didahulukan
Undang2 diutamakan.
Selagi Bangsa Islam masih pakai seluardalam cap PAGODA jangan salahkn papan jongkang jongkit tudoh bangsa lain.
Selagi Bangsa Islam masih tak pakai seluardalam cap KAABAH jgn diperdaya oleh pemimpin Melayu yg pasang lukah dipergentingan.
Bangsa Islam jangan cakap berdolak dalih dalil iman atas pagar berfatwa tabie kulit binatang sumpah2 tebok guna pakai juzuk Al Quran atas kepentingan tembolok nafsu jemaah kroninya.