Bukan sekadar blog

Berita Utama

Umat Islam bazirkan 4,600 tan makanan sepanjang Ramadan

SHAH ALAM — Sekitar 4,600 tan makanan yang masih elok terbuang di seluruh Semenanjung Malaysia pada Ramadan.

Menyifatkannya sebagai membazir, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berkata jumlah itu meningkat kira-kira 15 hingga 20 peratus dari bulan biasa, lapor Sinar Harian.

“Statistik anggaran 4,600 makanan yang masih elok terbuang ini perlu dipandang serius dan semua pihak harus memainkan peranan bagi mengelakkan pembaziran,” kata timbalan ketua pegawai eksekutifnya.

“Pada bulan biasa, jumlah terkini sisa makanan dibuang yang masih elok berjumlah 4,000 tak sehari. Sisa makanan yang dijanakan sebanyak 16,000 tan setiap hari.”

Menyatakan data itu hanya meliputi bazar dan rumah dan mengambil kira sisa makanan hotel, Dr Mohd Pauze Mohamad Taha meminta seluruh warga merancang terlebih dulu pembelian bagi menghindar makanan terbuang.

Loading...

Leave a Reply