Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ulang alik jaga bapa tenat, 11 tahun mohon tukar tempat kerja tak lepas-lepas

Demi tanggungjawab sebagai anak, seorang anggota bomba yang sedang bertugas terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman apabila mengetahui keadaan bapanya semakin tenat.

Anggota dikenali sebagai Muhammad Putra yang bekerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang itu mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit untuk tiba di kampung halaman di Perlis.

Menerusi Facebook, Muhammad Putra mendakwa sudah hampir 11 tahun dia membuat rayuan pertukaran tempat bertugas ke negeri Indera Kayangan tersebut namun dipercayai masih tiada jawapan.

“Hampir 11 tahun mohon pertukaran balik ke Perlis.. Malam ni kerja tapi terpaksa bergegas balik ke Perlis oleh kerana ayah semakin tenat,” tulisnya.

Perkara itu mengundang perhatian warganet yang kebanyakan turut berkongsi pengalaman masing-masing malah mengakui sukar bagi pengurusan meluluskan permohonan sekiranya mahu ‘posting’ ke tempat lain.

Banyak betul kerenah birokrasi

Minta tukar untuk jaga ayah, sampai meninggal tak dapat-dapat

Loading...

Susah ke nak faham situasi?

12 tahun permohonan ditolak

‘Cable’ tak kuat ni

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen tidak ketinggalan berharap agar segala urusan Muhammad Putra dipermudahkan untuk menjaga bapanya yang dalam keadaan uzur.

Semoga Allah permudahkan!

Sabar terima ujian Allah

Sumber: Muhammad Putra

Loading...

1 Comment

  1. Hizwan

    Assalam, admin boleh bagi email saya.
    Saya cuba bantu InshaAllah

Leave a Reply