Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

TV3 gelarkan pejuang Palestin sebagai militan?

SEMALAM, tular di media sosial screenshot berita TV3 yang memaparkan newsfeed berbunyi “Militan Gaza Lancar 80 Roket Sasar Israel”.

Screenshot newsfeed itu dikongsi oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Hafez Sabri di laman Facebook miliknya.

Hafez mempersoalkan tindakan TV3 yang melabel pejuang Palestin sebagai militan sementara Israel hanya disebut sebagai tentera Israel sahaja.

“Sejak bila pejuang Palestin dicop sebagai militan? Israel kamu panggil tentera Israel, umat Islam pejuang Palestin kamu panggil militan,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengecam TV3 kerana tidak sensitif dengan isu Palestin kerana gagal membezakan antara pejuang tanah air dan militan.

Malah, ada yang menggelarkan stesen TV swasta itu sebagai “TV 3 suku”.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén