Bukan sekadar blog

Info

TV plasma RM3,999 pecah angkara budak datang beraya

JIKA sebelum ini, netizen digemparkan dengan berita seekor kucing mati dihentak oleh kanak-kanak yang datang beraya, kali ini TV plasma berharga RM3,999 pula menjadi mangsa.

Menurut Qhalida Qaseh, TV milik saudaranya itu pecah disebabkan anak tetamunya yang hiperaktif berlari ke sana sini.

Apa yang menyedihkan, TV tersebut baru sahaja dibeli dua bulan yang lalu tetapi akhirnya menemui ‘ajalnya’ di hari raya.

“TV Plasma jatuh! Berderai baii!! Serpihan berterabur. Terus sedara aku terpekik yang TV itu dia beli dengan harga RM3,999 baru dua bulan rasmi.

“Budak-budak itu terus cuak dan terus berdiri di belakang mak dia. Mak dia pula terkedu, suami dia pula bangun dan terus keluar rumah. Haram punya perangai.

“Mak dia buat-buat marah, selepas itu kata “Pergi kat ayah. Maaflah ye, suami tergesa-gesa keluar, saya kena ikut, nanti kena tinggal.

“Terus sedara aku keluar pergi tarik suami dia.

“Bang, harga tv RM3,999. Bayarlah sekarang ye. Saya kumpul empat kali gaji. Kalau tak bayar, jangan balik. Saya lapor polis dan dakwa korang datang ceroboh dan rosakkan harta benda,” tulisnya.

Tindakan tegas saudara Qhalida membuatkan bapa kanak-kanak itu terdiam dan dia terus berbincang dengan isterinya. 10 minit kemudian, dia datang datang balik dan memberitahu hanya mampu bayar RM2,000 sahaja.

“Akhirnya isteri dia gadaikan telefon dan emas untuk cukupkan RM3,999 dan petang itu juga settle.

“Konklusinya di sini, kadang-kadang kita nampak benda remeh, tetapi besar impaknya kalau anak-anak kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang. Jangan kata, “Ala, budak-budak biasalah”, kerana di situ menunjukkan anda gagal mendidik. Beranak pandai, didik tak tahu,” tulisnya.

Kejadian seperti ini dapat dielakkan sekiranya ibu bapa mengawasi kelakuan anak-anak ketika beraya di rumah saudara mara atau kenalan.

Hati tuan rumah mana yang tidak ‘pecah’ jika harta mereka dirosakkan, ditambah pula dengan ada segelintir ibu bapa yang hanya tahu menegah tetapi tidak bertindak melarang anak mereka dengan tegas.

Adab mengunjungi atau menziarahi rumah saudara mara dan kenalan di hari raya wajar diajar kepada anak-anak agar mereka faham dan tidak menimbulkan rasa kurang senang. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Loading...

2 Comments

  1. Rohani

    Nowadays, Ada segelintir parents yg tidak tahu utk tegaskan anak2 adab bertandang ke rumah orang. Cikgu juga lah yg kena main peranan. Bukanke ini tanggungjawab parents.

  2. A Aris

    Bagus tindakan tuan rumah, suruh diorg bayar ganti rugi, ingat mintak maaf je boleh selesai? Jagala anak2 kalau pegi rumah orang ajar mereka kalau di rumah orang duduk diam2 dan jangan usik barang2 atau binatang peliharaan orang.

Leave a Reply to Cancel reply