Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Tujuh menteri paling teruk reputasi pada netizen

KUALA LUMPUR – Netizen media sosial menyenaraikan sekurang-kurangnya tujuh menteri paling teruk reputasinya sepanjang lapan bulan pertama Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Nama teratas dalam senarai yang disusun atur oleh netizen ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal perpaduan, Senator P. Waytha Moorthy.

Nama kedua diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifudin Nasution Ismail dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi melengkapkan senarai tujuh menteri paling teruk.

Dari kiri: M Kulasegaran, Salahuddin Ayub dan Saifudin Nasution

Wathya paling dimarahi oleh netizen berikutan tragedi yang membawa maut seorang anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan Kuil Sri Maha Maraimman pada 27 November lalu.

Menurut netizen, Abdul Samad Mahmood, semua menteri itu seperti ada dalam Kabinet dan kerajaan, tetapi malangnya mereka gagal memberi impak yang menyenangkan kepada rakyat.

Sebagai contoh, Dr Maszlee, sepanjang menjadi Menteri Pendidikan, tidak ada satu dasar yang baharu pun dilaksanakan oleh kementeriannya melainkan memalukan kerajaan dengan isu warna kasut, stokin, renang dan isu 1MDB hendak dimasukkan dalam buku Sejarah.

Menurut netizen, kebanyakan menteri lantikan Tun Dr Mahathir Mohamad gagal sepenuhnya menandingi kebijaksanaan menteri di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kegagalan ketara Salahuddin dan Saifuddin Nasution ialah memantapkan jabatan dan agensi bawah Kementerian Pertanian serta kenaikan harga barang yang gagal dikawal oleh KPDNHEP. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén