Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tolong viralkan, pembelian guna wang RM100 palsu di Kemaman

SEORANG peniaga di Kemaman menanggung kerugian selepas menerima sekeping wang kertas RM100 palsu daripada seorang pembeli, hari ini.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Iskandar, dia didatangi oleh seorang wanita berbaju kebaya berwarna hijau yang menaiki sebuah kereta Toyota Vios, mahu membeli ayam goreng di gerainya.

“Ketika itu pelanggan tengah ramai, jadi saya tidak sempat untuk memeriksa wang yang diberikan. Selepas wanita itu pergi, baru saya perasan yang wang diberikan sebenarnya palsu,” katanya.

Menurut Iskandar, selepas sedar dirinya tertipu, dia cuba mencari kereta yang dinaiki wanita itu bersama seorang lelaki di kawasan berdekatan dan akhirnya berjaya menemui kereta tersebut di sebuah kedai keropok dekat Meraga Beris, Kijal.

“Saya cuba tahan tetapi kereta itu memecut laju selepas menyedari mereka berjaya dikesan. Saya juga kejar tetapi gagal kerana hanya menaiki motosikal,” katanya.

Iskandar kemudiannya pergi semula ke kedai keropok tersebut dan sah mereka juga menerima wang RM100 palsu.

Sehubungan itu, Iskandar menasihati para peniaga di sekitar Kemaman supaya lebih berhati-hati sekiranya menerima wang besar daripada pelanggan yang tidak dikenali agar kejadian yang menimpa dirinya tidak berlaku kepada orang lain.

“Saya minta orang ramai viralkan kejadian ini supaya orang lain tertipu dan penipu itu berjaya ditangkap dengan secepat mungkin,” katanya.

Loading...

Leave a Reply