Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tolak ganjaran wang tunai, tukang cuci pilih untuk solat dalam Hijr-Ismail

KISAH seorang pemuda menjadi tular di laman Twitter apabila dipilih sebagai tukang cuci bulanan terbaik ketika melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan Kaabah.

Menerusi sebuah posting, Kaykhusraw berkongsi sekeping gambar pemuda berasal dari Pakistan itu yang diberi peluang untuk bersolat di Hijr-Ismail sebagai ganjaran pekerja terbaik.

Pemuda berkenaan berhasrat bagi memasuki Hijr Ismail berbanding memilih wang tunai sebagai ganjaran dan permintaannya itu ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Bukan itu sahaja, pintu di kawasan Hijr Ismail juga ditutup bagi membolehkan pemuda itu menunaikan ibadah dengan bersendirian.

Rezeki dia.. Tiada nikmat kecuali jadi hamba yang taat…

Posting sama turut dimuat naik oleh PU Amin yang mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen dimana rata-rata meluahkan rasa syukur dan memuji bertuahnya pemuda berkenaan dapat diberi peluang untuk bersolat di situ.

 

View this post on Instagram

 

Beliau adalah rakyat Pakistan yang diundi sebagai Tukang Cuci Bulanan Terbaik.. . Beliau dihadiahkan dengan wang namun beliau menolak.. . Sebaliknya, beliau mahu bersolat di Hijr-Ismail. Pintu ditutup dan Hijr Ismail dikhaskan hanya untuk beliau.. . ❤️ Rezeki dia . Tiada nikmat kecuali jadi hamba yang taat .

Loading...

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Cemburunya! Allah mengangkat darjat beliau

Syukur kepada Allah!

Dia tahu duit hanya di dunia, ibadah kekal selamanya

Loading...

Leave a Reply